Sunday, 12 March 2017

Buka Hati Dan Minda Dengan Menikmati Kebesaran Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Temanku, kadang-kadang ...

Kita jauh merantau, pergi sampai ke hujung dunia (kononnya) demi mencari itu ini dan begitu begini.

Jenuh sangat hingga lelah!

Tanpa kita sedar, semua yang kita cari itu sudah terbentang di depan mata.

Cuma, usahakan sedikit lagi, dapatlah kita jawapannya.

Mungkin hanya berbaki setapak saja lagi.

Namun, andai direnung-renung penuh Iman.

Dengan mengembara itulah, kita peroleh sejuta ibrah.

Sejuta pengalaman melihat kebesaran serta kekuasaan Pencipta.

Oleh sebab kembara itulah, Allah temukan kita dengan solusi pada hari ini.

Andai kita tidak berjalan keluar? Bagaimana mungkin semua akan berakhir?

Unik kan Allah tunjukkan kasih sayang-Nya?

 Image result for melihat kebesaran allah dengan alam

Justeru ...

Andai semalam telah tersasar.

DIA tetap setia melimpahkan nikmat hidup yang tidak terhitung jumlahnya.

Andai hari ini berada di jalan benar.

Mohon ampun penuh kesyukuran, itu tanda kita masih dalam perhatian-Nya.

Andai esok masih bernafas segar.

Minta pada-Nya agar kita terus kuat untuk istiqamah sebagai hamba yang berjuang atas tiket dakwah demi redha-Nya.

Mujahadah cinta mendamba Jannah Ilahi tidak semudah berkata-kata.

Teruskan berdoa, beramal dan bertawakal, tiada istilah penat di dunia.

Sungguh Ya Allah, kami mohon keampunan-Mu.
 Related image

Salam Mujahadah
Ida Hani Ali
12.3.2017

Sudahkah Siapkan Bekalanmu Ke Alam Abadi?

Bismillahirrahmanirrahim.
Allah Al-Malik (Maha Raja segala Raja) Al-Mumit (Maha Mematikan).
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad.

Sahabatku yang dikasihi, ketahuilah bahawa ...

Ingat mati, cukup itu memberi motivasi diri dan hati.

Agar membina bekal bermula saat ini.

Bekal yang terus mengalir, walau jasad sudah dikambus bumi.

Andai bukan sekarang, mahu menunggu bila lagi?

Tunggu dikambus, sudah tidak berguna lagi.

Cukup tanyakan 3 perkara ini,

Sudahkah disebar ilmu yang bermanfaat?

Sudahkah ditabur amal dan sedekah jariah?

Sudahkah dididik anak-anak soleh yang kelak mendoakan kita?

Sudahkah?

Andai belum ampuh, apa lagi yang dinanti?

Duhai jiwa yang ingin kembali pulang ke kampung abadi, ingin bertemu Sang Pencipta dalam keadaan redha meredhai.

Bingkaslah.

Segera persiapkan bekalmu demi sebuah musafir yang lebih panjang lagi dirahmati.

Ke mana?

Ke sebuah perkampungan abadan abada.

 Image result for ingat mati

Astaghfirullah hal 'azim.

Salam Ingatan
Ida Hani Ali
12.3.2017

Sunday, 5 March 2017

Wajah Bersinar Dan Bercahaya Dengan Tahajud



Bismillahirrahmanirrahim.
Allah Ya Qawiy Ya 'Aziz Ya Matin (Maha Kuat, Maha Teguh).
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wasalam. 

Izinkan saya bertanya,
Ada sesiapa rasa mukanya macam kusam semacam? 
Nak petua muka berseri-seri? 
Mahu wajah bercahaya bak bulan purnama yang sedang mengambang? 
Mohon ampun ... ini bukan iklan barangan kecantikan ya. Hehe.
Cuma petuanya ialah rajin-rajin bangun tengah malam. Jaga solat tahajud. Konsisten buat walau dua rakaat. Kemudian bermunajatlah berlama-lama dengan-Nya.
Sebabnya salah satu fadhilat (kelebihan) mengerjakan solat tahajud ialah akan terzahir nur takwa pada wajahnya. Ketika di dunia lagi dan juga apabila dibangkitkan dari alam kubur.
Segala macam produk kosmetik dan supplemen itu hanya bonus saja. Pokok utamanya amalkan yang ini. InsyaAllah, pasti mujarab.
Beruntungnya jadi insan pilihan Allah swt. Dapat bangkit daripada lena dan buang saja selimut atau gebar yang enak itu.
Jom, siapa yang tak nak cantik kan! Semua nak cantik bersinar-sinar dan mulus tulus wajah serta hati. Amin.

Image result for fadhilat tahajjud terpancar nur takwa

Salam Tahajud
Ida Hani Ali
5.3.2017

Saturday, 4 March 2017

Allah Maha Tahu



Bismillahirrahmanirrahim.

Sahabatku,

Dalam satu waktu, Allah swt sengaja lewatkan kejayaan kita. 

Bukan sebab Dia tak sayang. 

Bukan juga sebab Dia tak kasihan. 

Namun …

Kerana Dia ingin menduga sejauh mana kesungguhan yang kita pertaruhkan. 

Sungguh-sungguh mahu atau sekadar suka-suka mahu memburu.

Ada ketikanya pula, Allah swt tidak memakbulkan impian kita kerana itu bukan yang terbaik untuk diri kita.

Ada yang lebih baik menanti penuh setia.

Allah Maha Tahu segalanya. 

Ada juga yang disimpan di akhirat sana.

Hakikatnya …

Setiap dari kita punya cerita tersendiri. 

Pasti kisahnya berbeza antara kita kita. 

Justeru …

Ciptalah kisah yang menang-menang.

Kisah yang buat kita lebih rapat dan mendekat dengan Tuhan.

Allah Ta'ala, hanya Kau Tuhan Yang Maha Mengerti.

Image result for kejayaan dari allah

Salam Kejayaan
Ida Hani Ali
4.3.2017



Friday, 3 March 2017

Belajar Cipta Minda Positif



Bismillahirrahmanirrahim.
Allahu Ya 'Alim (Maha Mengetahui)
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi Muhammad

Assalamualaikum wbt duhai sahabat positif.
Ada kenalan-kenalan di FB atau laman maya bertanya soalan ini secara personal. Namun, ini yang paling saya ingat. Waktu tu, sedang membaca pm (private message) seorang sahabat ini. 

“Puan Ida, macam mana boleh jadi positif selalu? Baca status Puan, semua cerita positif. Boleh kongsi rahsianya?”

Allahuakbar! Sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana. 

Bukan apa, suara sumbang dalam hati ni provok diri sendiri, ‘Positif sangat ke aku ni? Dia orang belum nampak aku menyinga je. Kalau nampak mesti confirm tarik balik soalan tu.’ Hehe.

Sementara kepala ligat mengarang jawapan, pergi ke dapur sekejap demi seteguk air untuk kelancaran idea.

Bappp … 

Tiba-tiba, terdengar bunyi sesuatu benda yang jatuh dan serta merta memecah suasana tengahari yang hangat membahang.

Uishhh! Bunyi apa tu? Cepat-cepat menjenguk ke ruang tamu. 

Ya Allah! Rasa mendidih-didih suhu hati seiring suhu cuaca di luar bila tengok laptop kesayangan jatuh sujud mencium lantai. 

Si kenit Fateh tersengih-sengih berdiri di sebelah laptop yang dah ‘crack’ di bucunya.

Perasaan nak meraung macam naik atas bukit paling tinggi dan jerit sekuat hati. Lepas tu, rasa nak membebel ibarat mengeluarkan das tembakan bertalu-talu tanpa henti.

Berasap-asap kepala!

Besau kecik mata ni memandang si anak. Dan dan pulak teringat soalan yang diutarakan si kenalan tadi.

Adehhh! Saja tau Allah nak bagi situasi macam ni pada masa begini. Sesuaiii gitu. Hukhuk. 
  
Begitulah hakikat kehidupan. 

Bagaimana kita nak kata kita ni berfikir positif, optimis, realistik dan bombastik andai bukan ‘exam’ sebagai kayu pengukur.

Exam yang macam mana? Ujian, dugaan, masalah atau apa jua badai yang menerjah ketenangan hidup.

Lumrah, exam tu pula memang kena pada masanya. Allah nak tengok adakah kita bertindak mengikut apa yang kita katakan saat diragut ketenteraman jiwa.

Masih tenang bahagia atau sebaliknya. Apa yang kita respons, itulah penilaian akhir Allah Ta'ala.

Image result for Allah  maha positif
       
*Itulah saya ... pergi jauh-jauh, studi tinggi-tinggi dan akhirnya belajar positif hanya dari rumah.*

Salam Positif
Ida Hani Ali
3.3.2017