Saturday, 30 April 2016

Jurnal Syukur : Cipta Getaran Kesyukuran 30.4.2016

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Pemilik seluruh alam.

Kepujian yang tiada tolok bandingnya atas semua nikmat kurniaan-Nya.

Syukur atas nikmat nyawa, nafas, iman, ilmu, amal dan takwa.

Syukur atas nikmat sihat, gembira, bahagia dan silaturrahim.

Syukur atas nikmat makan minum, pakaian, rumah dan kenderaan.

'Semakin kita syukur, semakin banyak nikmat yang Allah hulur.'

Terima kasih ya Allah.

Salam Syukur
Ida Hani Ali
30.4.2016

Push Diri Sendiri

Bila-bila saya berada di satu tahap, saya selalu ingat kata-kata seorang Cikgu yang saya kagumi. Cikgu saya pesan,

"Ida, kalau nak berjaya kena push diri sendiri. Tak ada siapa boleh push untuk kita. Tak ada siapa boleh tolong kita. Kita yang kena tolong diri sendiri. Minta pada Allah. Dia akan beri."

Bila saya tunjukkan hasil pada dia walaupun tak banyak, dia akan cakap begini..

"Ida, sikit je lagi tu. Teruskan usaha."

Sampai bila-bila pun saya akan ingat kata-kata cikgu. Terima kasih cikgu.

Alhamdulillah syukur. Terima kasih Allah.

Salam kejayaan ❤️
Ida Hani Ali
30.4.2016

Panas Membahang Sebagai Ingatan Dari DIA

Beberapa bulan ni, rasa gerun nak keluar rumah dengan cuaca sekarang. Panas terik dan berbahang. Anak-anak pun on off kesihatan. Mak bapak, datuk nenek pun apa kurangnya.

Allahu akbar, cuaca tu asbab saja. Yang kawal cuaca dan kesihatan adalah Dia. Terasa teriknya panas di dunia boleh lagi lari berlindung ke dalam rumah siap ber 'aircond' dan minum air sejuk.

Tapi bila terbayang macamana panasnya api neraka di akhirat nanti, rasa gerun tu berganda-ganda! Dah tak ada tempat nak lari dah. Tak ada siapa pun boleh tolong.

Nauzubillahi min zalik! Semoga Allah pelihara kita dari panas api neraka yang tak tertanggung..Semoga Allah anugerahkan kita syurga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Jom amalkan doa ni, baca 7 kali selepas subuh dan maghrib. "Allahumma ajirna minannar". Maksudnya, "Ya Allah selamatkan kami dari azab api neraka".


Allahumma Amin.

Namun, alhamdulillah syukur kepada-Nya jua. Beberapa hari ni cuaca dah mula kendur pada waktu-waktunya. Hujan pun turun membasahi bumi yang kering dan gersang.

Terima kasih ya Allah atas nikmat cuaca-Mu.

Salam Sihat
Ida Hani Ali
30.4.2016